Menu Close

10 Kuih Raya Tradisional Yang Simple.

Aneka Kuih Raya Tradisional

Kuih raya tradisional ini simple aje resepinya kalau nak buat sendiri.Atau boleh aje beli kerana sekarang dah ramai yang jual sebab ada peminatnya sendiri.Antaranya memang dah menjadi hidangan wajib di hari raya.Hampir setiap rumah di kampung masih sediakan kuih ini.

Kalau anda nak cuba buat pun boleh.Kebanyakkan resepi ni mudah aje cara nak membuatnya.Tapi yang penting rasanya tetap sedap.10 kuih tradisional ni merupakan antara kuih yang popular sehingga sekarang.Rata-rata generasi baru masih kenal dan tahu nama kiuh ini.

Kalau tengah servey idea atau tengah plan nak buat kuih tu...bolehlah cuba salah satu kuih dibawah ini.

kuih bahulu

Kuih bahulu ini rasanya dah ramai yang kenal.Sekarang musim tak raya pun dah ada.Kat kebanyakkan shoping komplek dah ada.Tidak terhad dalam bentuk biasa sahaja...kini anda boleh buat dalam berbagai bentuk...rasanya memang sedap..

Nak mencuba buat sendiri di rumah? Boleh ikuti resepinya di sini - Resepi kuih bahulu

Kuih Bangkit

Kuih ni juga ada nilai sentimental tersendiri....ada juga panggil kuih ini dengan nama kuih bakar.Kuih ini jarang dah nak jumpa.Musim raya sahaja ada...jika nak.Diperbuat daripada tepung....teringat masa kecil dulu selalu tolong mak buat....guna dapur kayu...sekarang dah senang..guna oven sahaja...

Boleh dapatkan resepi penuh di Resepi Kuih Bangkit

dodol

Dodol ni salah satu kegemaran ramai..Rata-ata generasi muda menggemarinya.Tapi kalau nak buat tu..hati kena kental sikit...kena rajin kacau.

Rasanya memang sedap...Dodol ni tak perlu tunggu musim raya pun dah boleh jumpa..

Boleh rujuk resepinya di sini-Resepi Dodol

kuih loyang

Kuih loyang ni ade juga orang panggil kuih goyang.Melihat bentuknya pasti dah tahu dan kenal.Cara nak buatnya agak unik sikit..Celup acuan kedalam tepung dan celupkan ke dalam kuali....dan goreng.Masih menjadi antara menu wajib setiap kali raya terutamanya di kampung2.

Kalau nak resepi ..boleh rujuk disini -Resepi kuih Loyang

kuih siput

Kuih Siput memang macam siput bentuknya.Masa kecil selalu menyibuk nak tolong gentel kuih ni...Kena ada skill yang betul...kalau tidak tak jadi siput.

Salah satu kuih tradisional yang semakin jarang kita jumpa.Tapi masih menjadi hidangan di musim raya.

Klik disini untuk resepinya...

Kuih rempeyek

Kuih rempeyek ni banyak kacang dn rangup je.Sekarang ni Rempeyek macam dah jadi macam kudap seharian kerana rasanya manis dan rangup.Ini antara yang akan habis dulu antara kuih hidangan kepada tetamu.Kanak kanak memang suka kuih ni.

Boleh rujuk resepinya di sini-Resepi Rempeyek

kuih karas

Kuih ni jarang jumpa.Menjadi kegemaran orang utara..Sesuai dihidangkan pada hari raya khasnya untuk mereka yang suka makanan ringan.Sekali kunyah berkcai dalam mulut dek kerana kerangupannya...Kadang kadang sedap juga kalau dicicah dengan air panas..

Boleh cuba buat.Resepi boleh rujuk kat sini..Resepi Kuih Karas

putu kacang

Ada macam-macam bentuk kuih ini.Ikut jenis acuan yang digunakan.Kuih ni jarang jumpa tapi musim raya mesti ada.Boleh tambah pilihan menu yang simple untuk para tetamu anda.

Resepinya boleh dapatkan disini- Resepi Kuih putu kacang

popia simpul

Dikenali juga dengan nama simpul kasih...kuih ini berintikan serunding di dalamnya.Jadi tak hairanlah ia menjadi kuih kegemaran ramai.Sekarah dah ramai yang jual..jadi tak susah untuk dapatkannya.Tapi kalau nak buat pun tak lah susah sangat.

Boleh ikut resepinya disini -- Resepi Kuih Popia Simpul

kuih peneram

Orang utara mesti kenal dengan kuih ini....kat sana mereka panggil kuih telinga ...ling...Rasanya lemak manis gitu....Lembut dan rangup bila di dalam mulut...

Sekarang ni dah ramai yang jual kerana sentiasa ada permintaan.Kalau pandai buat tu satu bonus...sebab nak buat ni kena ada skill uli dan adunan yang betul.Jika tidak kena gayanya....tak menjadi....

Boleh rujuk resepinya di Resepi Kuih Peneram

Sebenarnya ada banyak lagi kuih tradisional selain diatas.Boleh share kat ruangan komen....kuih apa yang jadi kegemaran anda setiap kali raya.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *