Menu Close

Cara Menjual Di Shopee/Langkah Demi Langkah

cara menjual di shopee

Kita biasa shoping di Shopee tapi tahukah kita juga boleh menjual di Shopee?Ya...kita boleh juga jual barang kita atau boleh buat secara Dropshiping melalui Shopee.

Potensi yang ada amatlah besar kerana majoriti pengunjung Shopee mempunyai keinginan membeli.Jadi jika anda pandai munculkan produk anda pada tempatnya...amat mudah untuk anda lakukan jualan.

Kenapa perlu berniaga di Shopee

Shopee merupakan tempat paling meriah untuk membeli belah secara online selain Lazada  bagi pasaran malaysia.

Apakan proses yang perlu dilakukan untuk memulakan bisnes Shopee ini?

Nak berniaga di Shopee ni tidaklah rumit sangat.System mereka telah sediakan untuk kita.Apa yang perlu kita perlu lakukan hanyalah masukkan data sahaja.

Antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah...

  1. Daftar Akaun Shopee.
  2. Daftar Akaun Seller.
  3. Setting Maklumat Kedai Anda.
  4. Upload maklumat Barang Jualan.
  5. Moniter Promosi.
  6. Moniter Jualan dan penghantaran produk.

Cara mendaftar di Shopee.

sign up shopee

Klik sign Up jika belum pernah mendaftar akaun dengan Shopee.

pada bahagian atas sebelah kiri...laman web Shopee,Klik Sign Up...dan ikut arahan web sehingga selesai...

Setelah selesai proses..Log in akaun anda.

Cara Mendaftar Akaun Seller

Seller Shopee

Selepas Log In....Klik Pada Seller Centre pada bahagian atas sebelah kanan website Shopee.

Selepas Itu ikut step by step arahan website.

 

Cara Setting Kedai Shopee Anda.

Setting kedai shopee

Masukkan data atau maklumat pada bahagian menu sebelah kiri member area seperti dalam gambar di sebelah.

Maklumat ini boleh update jika perlu.

Cara Upload barang jualan.

upload produk Shopee

Setelah selesai proses pendaftaran,dan setting kedai anda....kini tiba masa untuk masukkan maklumat barang ke kedai anda.

Klik pada Add NewProduk dan masukkan maklumat barang pada ruangan tertentu pada web Shopee.

Moniter Promosi Barang Anda.

Walaupun Shopee akan listkan barang anda tetapi anda harus ingat banyak juga persaingan dari seller lain yang list barang seperti anda.Jadi capaian kepada pembeli produk anda terhad yang akhirnya barang anda kurang mendapat jualan.

Oleh itu Shopee ada menyediakan servis iklan seperti google ads dimana ia membolehkan anda mempromosi produk anda berdasarkan keyword tertentu berkenaan produk anda.

Untuk akses bahagian itu ,rujuk pada bahagian Marketing Centre.

Shopee marketing Tool

Moniter Jualan dan penghantaran produk.

status produk

Untuk mengetahui status produk anda,klik pada bahagian Order..Pada bahagian ini anda boleh chek setiap pending proses barang jualan anda.

Dari situ anda mesti selesaikan proses penghantaran produk dan sebagainya jika ada tempahan.

Cabaran Berniaga di Shopee

Berniaga di Shopee ada cabaranya tersendiri.Umum mengetahui Shopee antara salah satu tempat untuk mencari barang dengan harga yang murah.Oleh itu akan terjadi perang harga antara seller Shopee.

Cabaran terbesar dalam menjual di Shopee ialah....

1-Cabaran mencari barang yang boleh beri jualan yang banyak.Anda mesti tahu lakukan kajian untuk mencari barang yang boleh dijual dan rendah persaingan.

2-Cabaran mencari supplier atau pembekal produk.Bila anda dah tahu barang yang boleh dijual,......tapi nak dapatkan kat mana dengan harga yang murah.Kena la rajin explore laman web ecomerce pemborong dan sebagainya.

3-Cabaran dari segi persaingan harga barang.Ini part yang paling susah sebab kat Shopee berlaku persaingan harga.Jika kita tak tahu strategi....kita akan ketinggalan.

Tips dan panduan berniaga di Shopee

Jika anda berhasrat mencari jalan pintas untuk jalankan bisnes Shopee ini ,saya syorkan anda belajar dari mereka yang dah terbukti jana income dari Shopee.Antara kelebihan yang kita dapat sekiranya kita berguru dengan mereka ialah...

  • Elakkan kesilapan yang menyebabkan akaun disekat dan tak boleh lagi buka akaun untuk berniaga Di Shopee.
  • Dapat jimatkan masa belajar Try And Error....cara cari barang laku keras,tanpa pesaing dan supplier dsb.
  • Elakkan kesilapan teknikal.
  • belajar cara promosi dengan betul..

Antara panduan bisnes Shopee yang boleh anda guna ialah Ebook Panduan Bisnes Shopee Ini.Ebook telah bantu ramai buat jualan di Shopee.Ia merupan ebook terlaris sepanjang tahun lepas.

Baca juga cara berniaga di Lazada jika berminat nak berniaga di Lazada.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *