Menu Close

Senarai Bandar Gaji Minimum Rm1200 Sebulan

duit gaji

Anda bekerja kat mana?Berikut ialah senarai bandar yang terlibat dengan Gaji Minimum RM1200 sebulan.Undang-undang ini akan dikuatkuasakan pada awal tahun depan.

Kementerian Sumber Manusia mengumumkan kadar gaji minimum di bandar-bandar utama bawah pentadbiran 57 majlis bandaraya dan majlis perbandaran akan dinaikkan kepada RM1,200 sebulan, berkuat kuasa 1 Jan 2020.

Bandaraya utama yang terlibat ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur.

Manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Bharu.

Turut tersenarai Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

 

Sumber-BH

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *