Masalah Bil Astro tak sama setiap bulan ni adalah masalah yang paling banyak saya terima dari pelanggan Astro saya.Ramai yang beranggapan Astro suka-suka caj lebih,Astro tipu,Astro ambil kesempatan dan sebagainya.Sebenarnya jika kita fahami bagaimana membaca bil Astro ini …kita akan dapat jimat banyak.Jadi teruskan bacaan anda ….saya nak share kenapa bil Astro anda sentiasa tak sama.
Astro akan caj anda berdasarkan apa yang anda langgan.Tiada extra caj yang dikenakan.Caj extra yang dikenakan jika Astro anda telah disekat dan caj rm21.20 akan dikenakan apabila ia disambung semula setelah bayaran dibuat.Extra Caj Rm10.60 akan dikenakan jika anda downgred pakej.
Cara nak dapatkan bil Astro anda.
Anda boleh dapatkan bill anda melalui email yang astro hantar setiap bulan atau melalui member area akaun astro anda.Anda perlu login menggunakan astro ID anda dan anda boleh download bill sehingga 12 bulan lepas.Jika belum ada Astro ID…bolehlah buat Astro ID anda disini.
Fahami Maklumat Bill
Setiap transaksi akan dinyatakan dalam bill Astro anda.Ini termasuklah…
- Alamat bil
- no Akaun Astro.
- Tarikh Bil
- Tempoh Bil
- penyata ringkas caj bil
- penyata bayaran anda
- detail transaksi.
- barcode bayaran.

Bahagian atas bil sebelah kanan ada disertakan no akaun anda.
Tarikh Invois ialah tarikh bil dikeluarkan.
Tempoh Invois ialah tarikh kadar caj dikira.Tarikh ini adalah tetap setiap bulan.Segala transaksi bulanan akan dikira pada jangkaasa itu.

Bahagian ini ialah maklumat ringkas transaksi bulan lepas dan bill semasa.
Bahagian pertama ialah baki bill pada bulan lepas.
Selepas itu maklumat bayaran bill bulan lepas.Bayaran yang dilakukan sebelum tarikh bill terkini anda akan dimasukkan pada bahagian ini.
Selepas itu ditunjukkan jumlah bil tertunggak.
Caj Baru pula ialah caj semasa tempoh invois yang dinyatakan dibahagian atas.
Penyelarasan pula ialah bahagian yang menyatakan setiap perubahan pada bill bulan sebelunya termasuk extra caj jika ada.
Caj baru yang perlu dibayar ialah jumlah caj bil semasa ,tunggakkan dan penyelarasan.
Jumlah yang perlu dibayar ialah jumlah bil yang perlu dibayar setelah ditolak bayaran pada bulan sebelumnya.

Setiap bayaran yang dilakukan sebelum tarikh bill akan dimasukkan pada bahagian ini.
Seperti contoh diatas dinyatakan tarikh dan jumlah bayaran dan juga baki tunggakan setelah bayaran dilakukan.

Pada bahagian ini merupakan penyata transaksi setiap caj yang dikenakan.
ini termasuklan extra caj yang dikenakan.Seperti contoh diatas ialah seperti paper bil-rm3
harga pakej langganan dan diskaun yang diberi jika ada…juga akan dinyatakan pada bahagian ini.
Pada bahagian penyelarasan pula ialah bahagian yang menyatakan setiap perubahan transaksi pada tempoh bill sebelumnya.
Sebagai contoh…pada bulan lepas ada lakukan tambah atau kurang pakej.
Ada beli Astro first atau pay perview chanel..
Semua transaksi itu akan dinyatakan pada bahagian ini.
Setiap transaksi caj akan dinyatakan di dalam bill..Jadi anda boleh pastikan sendiri setiap transaksi itu betul atau tidak.
Kenapa bill Setiap bulan berbeza?
Perkara yang mesti anda alert ialah
- Tarikh tempoh bill
- Jumlah caj bulanan pakej anda.
- Tarikh akhir bayaran bill
- Jumlah bayaran.
Bayaran bulanan anda setiap bulan akan berbeza jika bill anda tidak bayar ikut jumlah dan atau lewat bayar atau ada langgan extra chanel pay per view.
Elakkan bayar lewat dari tarikh akhir bill.Jika tiada bayaran dibuat dalam masa 48 jam dari tarikh akhir bill..system automatik akan sekat siaran anda …Bila bayaran dibuat …extra caj RM21.20 akan dikenakan pada bill seterusnya.
Jika anda nak bayar disaat akhir…pastikan guna epay.elakan guna ejen BSN..kerana jika guna ejen BSN astro lambat dapat bayaran.
Pastikan bayar penuh setiap kali buat bayaran mengikut jumlah yang perlu dibayar mengikut bill.
Ape nak buat jika Astro caj lebih?
Jangan gelabah jika anda dapati ada extra caj lebih dari yang sepatutnya.Pastikan anda tahu detail transaksi tu dulu sebelum lakukan laporan kepada pihak Astro.
Anda boleh samaada buat laporan melalui Astro Portal menggunakan Astro ID anda atau boleh terus datang ke kaunter custumer servis berdekatan.Selalin itu boleh juga tel custumer servis jika anda sabar menunggu dan ada bajet lebih bayar bill tel sebab talian ni memang susah sikit.
Cara paling senang ialah buat laporan melalui portal Astro.Jika melalui Tel pastikan ana minta no report untuk rujukan akan datang jika berlaku kekeliruan.
Pihak Astro akan lakukan siasatan dan jika benar mengikut laporan anda…astro akan berikan rebate pada bill seterusnya.
Tips Elak Akaun Astro anda disalah guna.
Pernah terjadi kes Pakej yang anda tak langgan tiba-tiba ada.Bil sudah tentu akan naik.Situasi ni memang menyakitkan.Segera call custumer servis buat laporan.
Saya share tip yang boleh bantu anda elakkan seperti situasi diatas…
1-Pastikan email dan no tel anda sentiasa dikemaskini.Ini kerana setiap perubahan transaksi,pihak Astro akan maklumkan terus melalui email atau tel anda.
2-Jangan Kongsi Astro ID dan Pasword anda.Jika maklumat ini dapat kepada pihak tak bertanggungjawab..akaun astro anda terdedah kepada risiko seperti diatas.
3-Abaikan panggilan daripada Astro yang menawarkan sebarang promosi dan tawaran untuk anda.Jika mahukan pengesahan promosi anda boleh berhubung secara terus dengan custumer servis atau dengan wakil jualan yang sah..
itu adalah antara yang anda boleh buat jika hadapi masalah bil astro seperti diatas.