Menu Close

Bagaimana Sindiket Sedut Duit Melalui Syarikat Telco?

sindiket curi duit

Seingat saya 2 tahun lepas saya pernah terkena caj bill tel saya sehingga RM300 lebih hanya dalam masa 5 minit.Kejadian ini saya tak sedar sehinggalah talian saya disekat kerana bill telah cecah kredit limit.Saya terus tel custumer servis dan check status...mereka memberi tahu saya ada menghantar sms servis berbayar.

Aduh pelik ni..saya tak hantar apa-apa sms pun.Oleh kerana nak guna...terpaksalah bayar.Jadi bila check bil baru tahu...Sms tu 5 angka dan penerimanya dari filipina berdasarkan Kod negara.Setiap kali hantar dikenakan bayaran 50 sen dan terima RM5 di caj kedalam bill saya.

yang peliknya saya tak pernah hantar dan terima sebarang SMS.Kalau saya terima pasti saya sedar dari awal lagi.Saya merujuk kepada custumer servis untuk mengetahui punca dan kenapa ini terjadi.Tapi tiada jawapan yang meyakinkan dari custumer servis hanya sekadar beritahu transaksi sahaja.

Bagaimana nak claim bill yang terpaksa saya bayar untuk benda yang saya tak buat?Malangnya tiada jalan penyelesaian yang mereka beritahu.

Kalau anda pernah lalui situasi seperti saya ...ada beberapa cadangan untuk anda buat bagi mengelakkan anda terjebak dengan sindiket ini.

Bila terbaca berita ini...baru tahu rupanya ada sindiket terancang yang melibatkan staf telco yang kita guna membocorkan maklumat kita kepada sindiket.Kesimpulannya kita terpaksa berhati-hati dalam setiap transaksi yang kita buat terutamanya melalui sms.

Oleh itu saya nak kogsi perkara yang boleh anda buat.

1-Blok SMS 5 angka.Rujuk dengan telco anda untuk aktifkan fungsi ini.Ini adalah saranan staf custumer servis kepada saya untuk elakkan perkara ini berlaku semula.

2-Laporkan transaksi yang mencurigakan kepada telco anda melalui email berserta bukti transaksi yang terdapat dalam bil.Elakkan membuat laporan melalui tel kerana sukar untuk kita trace laporan yang kita buat.

3-jika tiada maklom balas...buat laporan kepada suruhanjaya mulmimedia malaysia atau SKMM berserta dengan laporan kita kepada syarikat telco tadi.

Berdasarkan laporan itu ...pihak SKMM akan menyiasat dan seterusnya sindiket ini dapat dihapuskan.Jika perlu kita boleh claim balik bill tu jika berlaku kecuaiian daripada syarikat telco tersebut.

Jangan jadi macam saya...sudahlah...Biarkan sahaja tanpa buat apa-apa...Dulu tak tahu apa yang patut nak buat...kini baru tahu...jadi saya kongsikan dengan anda.

Jadi berhati-hati sebelum terkena...terutama bagi anda yang menggunakan talian postpaid.kalau kawan-kawan pernah terkena seperti saya...cuba komen kat bawah pengalaman anda...

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *