Menu Close

Cara mohon Skim Insuran Pekerja(EIS)

cara mohon eis

Dalam masa pandemik Covid ni kebanyakkan perniagaan akan merosot.Majikan akan terbeban dengan kos yang terpaksa ditanggung.Mengurangkan pekerja adalah salah satu cara yang terpaksa dilakukan untuk kurangkan kos.

Ramai yang telah pun diberhentikan kerja kerana tak dapat tampung kos membayar gaji.Akibatnya ramai yang hilang sumber perdapatan.Dan dalam keadaan sekarang ni peluang kerja juga amak berkurangan.Jadi apa alternatif kita untuk tampung perbelanjaan seharian.

Pada awal 2017 kerajan ada memperkenalkan Skim Insuran Pekerja.Skim insuran ini memberi bantuan kepada pekerja yang  yang hilang pekerjaan untuk selama 6 bulan.

Antara bantuan yang diberikan ialah..

1-Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal. Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2. Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3. Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya

2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan. Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP. Dibayar secara pukal.

3. Fi/Yuran Latihan (FL)

Kemudahan latihan vokasional. Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih. Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000.

4. Elaun Latihan (EL)

Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan. Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan. Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL.

5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal. Sebanyak 25% daripada baki EMP. Dibayar secara pukal.

Disamping itu Perkeso selaku badan yang mengendalikan Skim ini turut sediakan Program Penempatan pekerjaan dan kaunseling Kerjaya.

 

Sekiranya majikan anda pernah daftarkan dan carumkan bayaran setiap bulan ...maka anda bolehlah mohon jika terpaksa berhenti kerja.

Tetapi sebelum mohon,semak dahulu kelayakkan anda.Secara amnya jika anda terlibat dalam salah satu perkara dibawah ,anda layak memohon...

Pembuangan kerja dan pertindihan

  • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Walaubagaimanapun, bagi situasi seperti di bawah, pencarum tidak layak untuk menerima faedah SIP.

  • Pembuangan akibat salah laku pekerja
  • Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu melalui kaunter perkeso terdekat atau melalui portal web perkeso.

Anda boleh rujuk dokumen dan maklumat penting yang diperlukan sebelum menghantar permohonan.

Bagi anda yang sedang mencari perkerjaan...admin doakan semoga dikurniakan peluang pekerjaan untuk anda semua.

Buat sementara waktu tu bolehlah cari peluang perniagaan yang tidak memerlukan modal dan sebagainya.Seperti Dropship dan affiliates.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *