Anda pernah alami masalah anak yang sentiasa tengok tv sehingga mereka abaikan pelajaran?Kalau ada ..anda sebenarnya boleh lock saluran yang selalu mereka tonton untuk kawal mereka dari terus menonton siaran tersebut.
Anak saya umpamanya,siaran kartun merupakan siaran yang selalu mereka tonton.Yang tak bestnya jika kita tak larang seharian mereka boleh layan sehingga pelajaran terabai.Jadi saya buat keputusan untuk Lock siaran tersebut.Saya hanya buka siaran tersebut pada masa dan ketika tertentu sahaja.Jadi secara tak langsung saya dapat kawal anak saya waktu untuk mereka menonton.
Macam mana nak lock siaran itu?
Jom..kita buat seperti dibawah.
Step 1:
Klik Home pada remorte Astro.

Step 2:
Pilih Pilihan Sistem dan Klik OK pada remorte

Step 3:
Pilih Kawalan Ibu Bapa dan tekan OK pada remorte.

Step 4:
Masukkan no pin anda dan tekan OK.
No pin asal ialah 0000.no ni adalah no yang akan digunakan untuk buka siaran yang bakal kita lock.
Kena ingat no ini.

Step 5:
Pilih Sekatan Saluran dan Klik OK pada Remorte.

Step 6:
Pilih saluran yang mana kita nak lock dan Klik Ok.
Klik Ok pada remorte semula untuk kita cancel saluran yang telah dipilih.
Setelah selesai pilih…tekan Home pada remorte.

Step 7:
Seterusnya pilih Ya,Teruskan untuk buat pengesahan.
Klik Ok jika berpuas hati dengan pilihan dan pilih tidak,kembali untuk pilih saluran semula.

Dah selesai…cuba buka dan siaran tadi telah di lock…
Jika nak tengok ken masukkan no pin.Jadi rahsiakan no pin tu.
Fungsi ini dibuat bertujuan untuk membolehkan kita mengawal waktu dan cara anak menonton siaran yang ada.Biasalah budak-budak jika tak kawal…mereka akan sentiasa tengok tv aja…sehingga mereka abaikan pelajaran.
selain itu kita dapat elakkan mereka menonton rancangan yang tak sepatutnya mereka tonton.Semoga ini dapat bantu anda.