cara tutup akaun astro

Cara Nak Tutup Akaun Astro Dengan Betul.

Spread the love

Mungkin anda pernah dengar masalah bill astro masih dapat walaupun dah tutup akaun Astro.Kita kena tahu cara yang betul untuk elakkan perkara itu berlaku.Saya share cara yag betul untuk tutup akaun dengan betul supaya tak timbul masalah bill masih dapat walaupun dah tutup akaun.

Anda mempunyai hak untuk tutup akaun pada bila-bila masa langganan asalkan kontrak telah habis.Biasanya 2 tahun langganan.Selepas 2 tahun anda dah boleh tutup.

Tak perlu bimbang Astro tak benarkan kalau dah tamat kontract.Mereka tiada hak untuk halang anda untuk teruskan langganan jika anda dah tak mahu dah…

Perkara yang perlu tahu sebelum nak tutup akaun.

Ada beberapa perkarayang perlu anda tahu sebelum nak tutup akaun astro anda….antaranya,,

  • Status kontrak akaun anda.Pastikan anda dah guna lebih daripada 2 tahun.Akaun kena aktif selama 2 tahun.contoh …dalam masa 2 tahun tu 4 bulan akaun kena potong dan tak bayar…maka kontract ada lagi 4 bulan…Anda kena guna lagi 4 bulan baru boleh tutop akaun tu..
  • Tarikh akhir bil setiap bulan anda.Report untuk tutup akaun hendaklah dibuat 10 hari sebelum tarikh akhir bill anda.Jika report dibuat pada 10 hari terakhir bill…anda terpaksa bayar lagi sebulan bill sebelum boleh tutup akaun.
  • Jumlah Bill semasa dan Tunggakkan.Pastikan anda bayar dahulu baki bill semasa dan tunggakkan jika ada sebelum membuat report untuk tutop akaun.

Jika dah pasti maklumat diatas barulah anda boleh buat report untuk tutup akaun.

Kat mana nak buat report?

Ada 2 pilihan yang boleh anda guna untuk tutup akaun astro anda.

Pertama:Anda boleh datang terus ke pusat servis Astro terdekat dengan alamat anda.Ingat bukan kedai letrik yang ada banner astro…tau…Kat situ tak boleh buat..Jika mereka kata boleh buat tu bahaya sikit….

Kedua:Boleh hubungi custumer servis melalui tel.Cara ni lebih senang dan jimat jika tempat anda jauh dari pusat servis Astro.

Boleh hubungi no ini untuk berurusan…0395433838.Talian ni dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 12 malam setiap hari.

Cuma kena bersabar sikit la…kena tunggu lama sikit kalau talian sibuk.

Bagaimana Astro proses permohonan anda?

Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh tutop akaun Astro.Astro akan buat pengesahan dahulu dengan bertanya mengenai detail akaun seperti no IC,alamat No tel anda dan sebagainya…Pastikan anda ingat….nanti rugi kena tel pula lain kali..

Kebiasannya Astro akan bertanya sebab anda nak tutup akaun.Beritahu je sebab kenapa anda dah tak nak guna Astro tu…tak mampu nak bayar ke….dah ada MyTV ke…..nak guna internet je ke…..Jangan bimbang….mereka nak buat report kat bos je pun…

Lepas tu mereka akan bodek anda bagi offer yang gempak supaya anda tak jadi tutup akaun tu….part ni kena tabah sikit la…kalau betul-betul tak mahu tu….terus terang kata tak mahu…Kalau anda tergoda dengan tawaran tu…pastikan anda tahu terma dan syarat tawaran tu.

Selepas itu mereka akan chek bill semasa dan tunggakkan jika ada.mereka akan maklumkan bill dan jumlah terakhir yang perlu dibayar.Pastikan anda faham apa yang mereka beritahu.

Selepas mendapat persetujuan anda,mereka akan key in report anda kedalam sistem.Bila dah selesai pastikan anda dapatkan no report anda.Anda boleh minta dengan mereka jika tidak diberi.

No report ini penting untuk rujukan jika berlaku masalah seperti masalah bill masih ada walaupun dah buat report atau akaun masih aktif selepas tarikh akhir yang dijanjikan.

Nota:

maklumat yang perlu anda tahu…

  • Tarikh akhir siaran anda.
  • tarikh terakhir bill anda.
  • No report tutup akaun astro anda.

 

Penting:Selepas Buat report tutup akaun.

Selepas buat report tu….jangan sesekali beli pula Astro First ke….atau beli rancangan Pay Per View pula…..Kalau anda beli dalam tempoh masa akaun masih aktif…Anda terpaksa bayar bill tu…dan akaun anda kembali aktif….

Ini antara sebab kenapa bill masih ada walaupun dah tutop akaun.Jadi elakkan membeli apa-apa sepanjang tempoh tu.

Apa Nak buat jika masih dapat bill?

Sistem akan automatik tutup siaran pada tarikh akhir bill anda seperti yang diberitahu kepada anda.Oleh itu jika anda masih boleh tengok siaran selepas tarikh tu…lebih baik tel custumer servis dan beritahu status akaun anda.

Berikan no report anda tu.Mereka akan buat secara manual jika sistem tu tak dapat kesan report tu.

Bagaimana jika anda tak sedar?Jangan bimbang…tel custumer servis dan maklumkan yang anda masih dapat bill…mereka akan tolak bill tu..

Seperti biasa anda perlu minta no report setiap kali report dibuat.

Share Artikel ni kat sape-sape yang cadang nak tutop akaun Astro tu supaya mereka tahu cara yang betul….

Kalau dah malas nak bayar bulanan….anda boleh lah pasang myTV atau Njoi….bayar sekali je….

saya terpaksa pasang Njoi sebab kualiti siaran MyTV kat rumah saya tak jelas..

Kalau anda nak Njoi bolehlah Klik kat sini...katanya ada offer sekarang…

2 responses to “Cara Nak Tutup Akaun Astro Dengan Betul.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *