hotel atau homestay?

Hotel atau homestay?Mana Lebih Jimat?

Spread the love

Setiap kali musim cuti pasti ramai yang ambil kesempatan nak bawa family bercuti.Ini kerana masa ini anak tak bersekolah dan tak menggangu percutian kita…Anda ade plan nak pergi mana pada cuti sekolah ni?

Perkara pertama yang mesti anda tentukan sebelum bercuti ialah tempat tinggal.Bab ni kalau tak plan betul-betul…lari bajet nanti….ada 2 pilihan yang anda ada untuk cari tempat tinggal iaitu hotel atau homestay.Soalnya nak pilih yang mana?mana yang murah dan berbaloi?

Murah atau mahal bergantung kepada beberapa faktor…terpulang kepada anda.Saya kongsi antara faktor yang boleh anda ambil kira dalam menentukan samaada nak pilih hotel atau homestay.

1-Jumlah keluarga.

Kalau anda bercuti berdua atau bertiga tu …hotel rasanya lebih berbaloi berbanding homestay..Kalau anda bercuti dengan family yang besar lebih baik pilih homestay.Harga lebih murah jika hotel terpaksa book 2 bilik…

2-Lokasi Percutian.

Jarak penginapan dan tempat yang anda pergi tu …kena ambil kira juga…sebagai contoh saya dulu pernak tersilap tempah homestay…Kerana nak jimat belanja saya telah dapatkan homestay yang jauh dari tempat yang dituju…Akibatnya saya rugi duit minyak dan masa…Jadi sebab tu lah kena pilih tempat tinggal tu…

kebanyakkan hotel tertumpu di kawasan bandar.Jadi tak ada masalah pilih hotel jika anda bercuti di bandar.Kalau nak pilih homestay…kena cari kawasan pinggir bandar…yang penting tak jauh dari tempat anda nak pergi bercuti tu..

3-Privacy

Bab privacy ni…tak penting sangat tapi kena ambil kira juga…tambah tambah yang bekeluarga…Nanti anak meragam tengah malam ganggu jiran bilik sebelah la pula…Kalau setakat berdua ..tak ada masalah…Cuma kalau berkeluarga tu kena alert la sikit bab ni terutama anak yang hyper aktif…

4-Kemudahan extra.

Kemudahan extra ni seperti parking,memasak,TV ,ruang rehat dan sebagainya…Ia bergantung kepada situasi percutian yang anda inginkan.macam saya…saya lebih suka aktiviti luar…jadi bab ni tak berapa saya berkira asalkan ada tempat tinggal sekadar water heater pun dah cukop.

Kebanyakkan homestay sediakan lebih banyak kemudahan extra berbanding hotel.Kalau homestay anda boleh memasak sendiri…jadi jimat untuk belanja makan.hotel kena ke cafe la…Parking tak payah berebut dengan orang dah…kalau hotel…jenuh cari parking kalau masa tu ramai pelanggan.

5-Harga

Bab harga…anda yang tentukan.Kalau ada bajet lebih…tak kesah nak pilih hotel atau homestay.yang penting ikut kemampuan anda.Sekarang ni harga barang semuanya dah mahal…jadi kena jimat belanja.

kalau anda nak tahu cara dapatkan sewa hotel dengan harga yang murah …bolehlah rujuk kat link ini.….brother ni tunjuk trik dia dapat sewa bilik hotel dengan harga yang murah.

kesimpulan.

Hotel atau homestay tu bergantung kepada situasi anda…Yang penting anda boleh jimat belanja dan berbaloi.Jadi buatlah pilihan anda sendiri mengikut situasi anda.Orang pilih hotel atau homestay mungkin sebab yang berbeza.

Kalau anda tengah cari homestay…bolehlah download ebook senarai homestay dimalaysia ni..dalam ebook ni ada lebih 2000 homestay di malaysia.Klik disini untuk download.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *