bagaimana nak dapat khusyuk dalam solat

Bagaimana mendapatkan khusyuk dalam solat

Spread the love

Teringin sangat nak dapat dan nikmati rasa khusyuk dalam solat.Banyak sangat gangguan dan cabaran sewaktu melakukan solat walau pun lakukan seorang diri di tempat yang tiada gangguan.Hanya tubuh badan kita sahaja yang sembahyang tapi ingatan kita entah kemana-mana..Ia selalu terjadi kat saya la…

Ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk dapatkan sembahyang yang khusuk.Inilah yang saya cuba amalkan.Jom kita cuba sama-sama.Antara amalan itu antaranya

Baca surah Annas sebelum niat sembahyang.

Sebelum baca niat sembahyang,baca dulu surah Annas serta selawat katas nabi memohon dijauhkan gangguan semasa kita solat.

Biasakan diri seperti kita seperti sedang berbicara dengan Allah.

Bayangkan kita seolah-olah berada dihadapan Allah dan meminta pertolongan darinya dengan sunggu-sungguh.Penuhkan dengan perasaan rendah diri dan tekad kerana Allah.

Ingat dan fahami makna bacaan dalam solat.

Sambil baca tu cuba ingat makna setiap baccan dalam solat.Ini boleh kurangkan ingatan kita pada perkara lain semasa dalam solat.

Fokus pada tempat sujud.

Elakkan mata kita memandang arah lain untuk kurangkan gangguan.Fokus pada tempat sujud.Biasanya hati kita ni gatal nak komen ikut apa yang kita tengok…

itu antara perkara yang kita boleh buat untuk khusuk dalam sembahyang.Boleh rujuk dengan orang yang lebih arif kalau anda serius nak dapatkan sesembahyang yang sempurna.

Kat bawah ni saya share gambar maksud bacaan dalam solat untuk kita sama-sama amalkan.Kredit kepada pemilik gambar.

Maksud bacaan dalam solat.

makna bacaan doa iftitah
makna bacaan alfatihah
makna bacaan rukuk dan tasmi
makna bacaan tahiyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *