Menu Close

Penyakit bawaan Air dan cara mencegah

penyakit bawaan air

Air merupakan salah satu keperluan utama kita...tak kiralah samaada untuk kegunaan harian atau pun untuk makan dan minum.Oleh itu amat penting untuk kita ambil tahu tahap kebersihan air yang kita gunakan.

Tahap kebersihan air dapat dikenal pasti dari warna air,bau dan juga sumber air itu sendiri.Jika air tu keruh dan berbau air tu tak boleh digunakan untuk minum,memasak atau membasuh.

Sumber air harian kita bergantung kepada sumber air yang dibekalkan oleh kerajaan.Air ini telah dijaga kebersihannya sebelum disalurkan untuk kegunaan seharian kita.Tetapi risiko tetap ada.Oleh itu kita perlu tahu serba sedikit tentang tahap kebersihan air yang bakal kita minum,memasak atau untuk membasuh.

Tahukah anda...risiko yang bakal kita hadapi jika kita gunakan air yang tidak bersih?

Antara penyakit bawaan air ialah..

  • Keracunan makanan.
  • Taun(kolera).
  • Demam kepialu.
  • Hepatitis A
  • Desentri
  • Penyakit cacing Guinea.

 

Tanda-tanda penyakit bawaan air

Badan kita amat mudah terdedah kepada penyakit bawaan air ini samaada melalui air yang kita minum atau melalui makanan yang tercemar.

Jika anda mengalamai salah-satu masalah dibawah...berkemungkinan kita telah minum atau makan makanan yang tercemar.

Antaranya...

  • Keracunan.
  • Sakit perut.
  • Demam.
  • Cirit birit.
  • Muntah.
  • demam.

Jika kita alamisalah satu tanda-tanda itu...segeralah dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Cara mencegah penyakit bawaan air.

Kita boleh kurangkan risiko ini dengan melakukan beberapa perkara.Antaranya ialah...

1-Pastikan persekitaran rumah kita bersih dan tiada tempat air yang bertakung.Ini penting untuk elakkan tempat itu menjadi tempat pembiakkan nyamuk dan lalat.

2-Masak dulu air sebelum minum.Dengan kita masak ia dapat mengurangkan risiko akibat kuman yang tidak kelihatan di dalam air.

3-Simpan air di tempat yang tertutop dan bersih.Elakkan air dibiarkan terdedah ...kerana air boleh tercemar melalui lalat atau binatang yang kita tidak tahu.

4-Pastikan air itu jernih dan tidak berbau.Jika air itu kelihatan keruh dan berbau...kemungkinan air itu telah tercemar dengan bendasing.

Pada masa sekarang ini,sekiranya anda mahukan lebih jaminan... anda boleh pasang pasang penapis air di rumah anda.Terdapat pelbagai jenama di pasaran.Kebersihan dan kualiti air lebih terjamin dengan adanya penapis air dirumah anda.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *