3 amalan masuk masjid

Rugi kalau tak buat 3 perkara ini bila masuk masjid.

Spread the love

Dalam kuliah magrib di masjid kampung saya baru-baru ini ada diceritakan tentang kerugian besar orang yang masuk masjid tapi tak buat 3 benda ini.Yang mana perbuatan atau amalan ini tak lah susah mana pun tapi besar ganjarannya.Jom kita sama-sama amalkan

Semoga kita beroleh ganjaran daripada-Nya.

Kerugian 1-Orang yang Masuk masjid tapi tidak mahu mengambil saf pertama

Saf pertama

Sekiranya kita datang awal ke dalam masjid,cubalah untuk dapatkan saf pertama kerana besar ganjaranya.

Boleh rujuk DISINI kalau nak tahu kelebihan jika kita solat di saf pertama.

Kerugian 2-Orang yang Masuk masjid tapi tak solat tahiyyatul masjid

Solat Tahiyyatul masjid mesti dilakukan sebelum anda duduk didalam masjid.Jika anda telah duduk maka tiada lagi solat tahiyyatul masjid baginya.

Jika masuk masjid ketika azan,hendaklah berdiri menghormati azan sebelum mula solat sunat tahiyyatul masjid.

Lafaz niat solat tahiyyatul masjid adalah seperti di bawah.

niat solat sunat tahiyatul masjid

Selepas itu diikuti dengan cara dan tertib seperti solat sunat yang lain.

Solat

Kerugian 3-Orang yang Masuk masjid tapi tak berniat i’ktikaf.

selepas selesai solat sunat tahiyatul masjid…jangan lupa terus niat i’ktikaf seperti dibawah

niat i'ktikaf

Pendek je niatnya….Jadi jom kita amalkan sekarang setiap kali masuk masjid.

i'ktikaf

3 amalan ini antara amalan yang mudah untuk diamalkan tetapi besar ganjarannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *