Tips Beli Printer Yang bagus - My Klik
Menu Close

Tips Beli Printer Yang bagus

panduan-beli-printer
Spread the love

Semestinya kita mahu membeli printer yang bagus untuk kegunaan kita tapi bagaimana cara nak pilih printer yang bagus dan terbaik?

Ketika mula saya beli printer dulu hanya fikirkan harga murah asalkan ada fungsi yang saya ingin guna sudah memadai.Bila dah beli baru tahu ...rasa macam menyesal pun ada.

Jadi macam mana nak pilih printer yang bagus dan berbaloi untuk kita gunakan?

Saya kongsi tips dan cadangan yang boleh anda guna untuk anda jadikan panduan untuk beli printer terbaik anda.

Ada banyak faktor yang perlu di ambil kira sebelum nak pilih printer terbaik...antaranya.....

Kenal Pasti Fungsi Yang ada pada printer.

Ini yang paling penting...Tapi kebanyakkan printer sekarang sudah sediakan fungsi asas printer iaitu print,scan dan copy.Jadi pastikan printer yang anda pilih ada sediakan fungsi ini.

Fungsi lain yang boleh anda ketahui ialah wifi connect.Ada jenis printer telah sediakan fungsi ini.Terdapat 2 jenis wifi connect untuk printer.Untuk mudahkan kerja ...saya sarankan anda pilih direct wifi printer.Ini anda boleh terus sambung printer dengan wifi anda.Tak perlu lagi sambung ke laptop atau pc.Jadi anda boleh terus print dari hp anda sahaja.

Kenal Pasti Kos dakwat atau ink printer.

Ketika saya beli printer dulu tak pernah ambil tahu bab ni.Yang penting Fungsi dan harga murah sahaja.Akhirnya lepas guna baru tahu terbeban kerana harga ink adalah mahal.Jadi ini adalah bab yang kedua penting....

Cuba bandingkan harga ink berbanding anggaran bil kertas yang boleh digunakan.Adakah ia berbaloi?Anda boleh rujuk dengan jurujual atau rujuk spec yang dinyatakan pada kotak printer.

Kenal Pasti quality printer.

Jika anda banyak print gambar....anda bolehlah pilih printer yang mempunyai kadar DPI yang lebih tinggi.600 Dpi sesuai hanya untuk print dukumen.Semakin tinggi DPI semaki tinggi kualiti print.

Selain itu anda perlu lihat juga kadar masa print sesuatu dokument atau PPM.PPM ialah print per minit.Iaitu kadar bilangan kertas yang boleh print dalam seminit.Jika anda nak print dalam jumlah yang banyak....pilihlah printer yang kadar PPM tinggi.

Jenis sambungan printer antara faktor yang perlu anda ambil kira untuk beli printer yang bagus.Pastikan ia menyediakan software untuk laptop atau pc anda.Kebanyakkan model canon tak boleh sambung ke operasi MAC.Oleh itu check ini dulu.

Kenal Pasti waranty produk.

Pastikan printer yang nak dibeli tu ada jaminan dan berapa lama tempohnya.Ini penting kalau berlaku kerosakkan.Kos nak baikinya adalah mahal.Cuba bandingkan temboh jaminan antara model printer mana yang untung.

Terdapat banyak jenama printer dipasaran.Masing masing ada banyak kelebihan.

Ringkasnya anda boleh bandingkan dari segi

  • Fungsi asas
  • wifi
  • kadar DPI
  • Kadar PPM
  • Kos ink
  • Support processor
  • waranty.
  • Harga.

Akhir sekali setelah anda list semua model dan kelebihan barulah anda boleh tentukan yang mana satu berbaloi....

Saya akan pilih model yang harga murah dan mempunyai semua fungsi dan kelebihan yang saya mahu.Anda pula bagaimana?

Jika anda dah ada pengalaman membeli printer boleh share pada komen untuk pembaca lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *