masalah lipas

Cara Mudah Bunuh Lipas Dalam Kereta.

Tentu anda tak selesa jika ada lipas dalam kereta.Lebih-lebih lagi jika anda atau keluarga anda yang takut dengan lipas.Kadang ia mengundang bau yang tak selesa.Lebih bahaya lagi jika anda yang lemah antibodi.Mudah terkena penyakit bawaan lipas ini.Oleh itu ..adalah lebih baik anda berusaha untuk membunuh lipas dalam kereta anda.

Punca Banyak Lipas Dalam Kereta.

Makan dan minum dalam kereta adalah satu punca banyak lipas dalam kereta.Sisa makanan yang jatuh jika tidak dibersihkan akan mengundang lipas dalam kereta anda.Oleh itu kita hendaklah selalu membersihkan untuk mencegah kehadiran lipas itu.

Biasanya lipas bersembunyi di bawah carpet kaki,bonet kereta,laluan pendingin hawa dan juga celah-celah kusyen.Ini kerana ianya tempat paling ideal untuk bersembunyi dan bertelur.

Tip Cegah Lipas Dari Membiak Dalam Kereta.

Perkara yang boleh kita lakukan untuk mencegah lipas membiak dalam kereta kita antaranya

  • Elakkan makan atau minum dalam kereta.
  • Bersihkan sisa makanan dengan segera jika makan dalam kereta.
  • Elak meletakkan kereta berdekatan tong sampah atau longkang.
  • Bersihkan dan vakum kereta anda secara berkala.
  • Jangan tinggalkan makanan dalam kenderaan.

Cara Atasi Masalah Lipas.

Banyak cara yang anda boleh buat untuk menghalau lipas dalam kereta.Boleh cuba salah satu cara dibawah.

Cara 1-Guna Minyak dan marjerin

ungkin anda pernah melihat individu lain berkongsi kaedah ini di media sosial.Ia seolah-olah satu kaedah untuk memerangkap lipas yang bersarang dalam kenderaan.Bahan-bahannya adalah:

  • Bekas kosong
  • Minyak masak terpakai
  • Sedikit marjerin
  • Sedikit susu pekat manis

Cara-caranya:

  • Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam bekas.
  • Letakkan di dalam kereta anda. Sebaiknya, letakkan berdekatan lokasi yang sering menjadi tempat persembunyian lipas seperti di karpet kaki atau di celah kusyen.
  • Biarkan semalaman dalam kereta. Lihat hasilnya pada keesokan hari.
  • Anda akan mendapati banyak anak-anak lipas yang berada dalam bekas tersebut.

Cara 2-Letak Daun Pandan.

Daun pandan mempunyai bau wangi yang dibenci oleh lipas.Oleh sebab itu, kita tidak menjumpai lipas bersarang berdekatan dengan rimbunan pokok pandan.

Bagi menghalau lipas dalam kereta, ambil beberapa helai daun pandan dan buat simpulan sebelum diletakkan dalam kereta.

Untuk hasil yang lebih baik, hiris halus daun pandan dan masukkan ke dalam beg jaring halus sebelum diletakkan dalam kereta.

Cara 3-Semburan Serai Wangi

Kini terdapat pelbagai produk semburan yang berasaskan serai wangi di pasaran.Anda boleh menggunakan semburan serai wangi ini sebagai salah satu cara halau lipas dalam kereta.Malah ia merupakan alternatif yang lebih baik berbanding racun serangga yang berasaskan bahan kimia atau racun lain.

Jika anda mempunyai pokok serai wangi di rumah, anda boleh membuat semburan anda sendiri.

Caranya ialah, kisar kering beberapa batang serai wangi (tanpa air).Setelah itu, masukkan ke dalam bekas berisi air dan perapkannya semalaman.Pada keesokan harinya, anda boleh menapis air tersebut daripada hampas serai dan masukkan ke dalam botol penyembur sebelum digunakan.

Mudah kan?

Sumber Hello Doktor

Kesimpulan.

Cara diatas mungkin agak sulit untuk kita buat.Keberkesanan cara diatas agak sukar untuk dilihat.Ianya lebih kepada menghalau sahaja.

Selain daripada 3 cara diatas,anda juga boleh menggunakan produk yang ada dipasaran.Terdapat pelbagai produk yang boleh anda pilih.Ada yang berbentuk seperti perangkap gam.

Perangkap lipas ini akan membantu sedikit sebanyak membantu mengurangkan pembiakkan lipas.

Cuba komen dibawah…anda buat macam mana kalau lipas ada dalam kereta?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *