5 fakta orang pendiam

Anda Seorang Yang Pendiam?Ini Fakta Menarik Tentang Anda.

Dalam kehidupan seharian kita..pasti kita jumpa dengan pelbagai perangai atau tingkah laku seseorang. Ada yang “hapening”,ada yang jenis suka melawak,ada yang serius,ada yang suka bermain dan macam-macam lagi.

Dalam ramai-ramai tu mesti anda akan jumpa yang jenis pendiam. Atau anda sendiri yang pendiam.Tak kisahlah siapa pun…jom kita tengok fakta menarik tentang orang pendiam ni.

1-Suka Mememdam Perasaan.

Suka memendam perasaan merupakan salah satu sifat orang pendiam.Ini kerana mereka beranggapan orang lain tak memahami mereka.Mereka hanya akan meluahkan perasaan mereka kepada yang mereka rasa selesa sahaja.Betulke?

2-Orang Yang Setia.

Kebiasaannya orang yang pendiam ni seorang yang setia.Sifat ini mungkin kerana mereka lebih memilih dan jarang bersosial.Dan bila mereka dah kenal dan suka,mereka susah nak lepaskan.

3-Jarang Ada Eye Contact

Jika di perhatikan,setiap kali bersembang dengan mereka,jarang mereka melakukan eye contact.Mereka akan pandang bawah atau tempat lain terutama jika berlainan jantina.Malu tu lebih tebal.Tapi bila dah kenal baru mereka berani bersembang bersama dengan eye contact.

4-Orang yang “hapening”

Jarang nampak “hapening” untuk orang pendiam.Tapi sebenarnya orang yang pendiam ni jika mereka berada dikalangan orang yang mereka percaya dan selesa merupakan orang yang “hapening”.Mula-mula kita berkawan dengan mereka…kita rasa mereka pendiam….tapi lepas kenal dan mereka selesa dengan kita ,baru kita tahu mereka ni “hapening”

5-Orang memilih Kawan.

Orang pendiam ni akan hanya berkawan dengan orang yang mereka rasa selesa dan memahami mereka.Mereka hanya sekadar bertegur sapa dengan orang biasa sahaja.Jadi jika orang pendiam tu selalu berkawan dengan anda,anda adalah kawan yang mereka selesa.

Orang pendiam ni sebenarnya banyak potensinya.Mereka lebih tajam berfikir.Oleh itu jika kita memahami mereka kita akan lebih mudah mendekati dan berkawan dengan mereka.

Adakah anda seorang yang pendiam?Atau anda ada kawan yang pendiam?Cuba share pengalaman anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *