Ramai yang ingin berniaga di Ebay tetapi kurang pengetahuan.Oleh itu penting untuk kita tahu cara yang betul untuk jual barang di Ebay supaya kita tidak rugi.Memandangkan pasaran Ebay yang global semestinya berniaga di Ebay antara alternatif yang terbaik untuk kita jana income yang lumayan.
Ramai yang telah berjaya menjana penadapatan hasil daripada jualan di ebay.Yang menariknya dengan hanya menjual barang tempatan sahaja.
Potensi Perniagaan Di Ebay.
Ebay merupakan marketplace terbesar dan ianya merupan pilihan mat saleh untuk bershoping.Dari segi harga pula mereka tak kesah.Jual dengan harga yahudi pun mereka tak kesah.sebagai contoh barang kat bawah ni.
harga jual = USD29.99=RM125. kat sini berapa ringgit je pun.
Jumlah Jualan = 90 unit. Walaupun jual mahal 90 unit juga yang terjual.
Ini menunjukan Perniagaan ini memang bebaloi untuk kita buat.
Kat bawah ni screenshort income masa PKP hari tu.Kalau ikut gambar tak hairanlah boleh buat banyak tu.
Yang paling best…abang2 dalam gambar ni jana 5 angka sebulan dengan jual barang yang biasa kita jumpa kat speedmart,econsave,shopee dan sebagainya.
Ya jual barang biasa2 ja.
KLIK DISINI kalau nak berguru dengan mereka.
Kelebihan Berniaga Di Ebay.
Antara kelebihan berniaga di ebay..
- Tak perlu simpan stock-Risiko kerugian akibat barang tak laku dapat di elakkan.Barang jualan boleh di beli bila ada jualan.
- Tak Perlu sibuk reply whatsapp atau PM-Pembeli Ebay dah biasa berurusan pembelian di Ebay.Semua urusan melalui website sahaja.Anda hanya perlu moniter transaksi sahaja.
- Tidak memerlukan modal yang besar-Anda boleh bermula dengan dropship jika tiada modal.Atau beli barang bila ada jualan.
- Pasaran yang luas-Pasaran Ebay melagkaui lebih 70 negara.Potensi pendapatan lebih luas.
- Boleh dijalankan secara part time dan dimana sahaja.
- Untung yang besar-Oleh kerana urusan dalam matawang USD,maka keuntungan yang lebih besar bergantung kepada kadar tukaran matawang semasa.Kalau anda rujuk gambar kat atas,pasti anda faham bagaimana nak buat untung dengan menjual di ebay.
Langkah Demi Langkah Memulakan Bisnes Ebay.
- Langkah 1-Daftar akaun Seller Ebay.-Isi semua maklumat dan buat pengesahan akaun selepas pendaftaran.
- Daftar akaun Paypal dan linkkan ke ebay akaun seller-Urusniaga Di Ebay menggunakan payment gateway Paypal.Jika belum ada boleh daftar dan selepas daftar link kan paypal tersebut ke akaun seller eabay anda.
- Listing barang yang ingin dijual-Selepas selesai proses di atas baru anda boleh mula listing barang anda.Pastikan anda sediakan maklumat secukupnya tentang produk anda.
- Tunggu sale masuk..Lepas listing Ebay akan bantu anda untuk cari pembeli.
- bila dah ada sale …..uruskan penghantaran atau buat order jika dropship .
ebay akan bayar kepada anda selepas pelanggan terima barang.
Nampak macam senang saja kan!
Tetapi AWAS!!
ianya taklah semudah diatas kalau anda masih newbie.Anda akan hanya lakukan kerja yang sia-sia jika lakukan tanpa ilmu.Lebih malang lagi akaun akan menghadapi risiko di ban oleh Ebay seperti yang pernah saya kena.
Cabaran Berniaga Di Ebay.
Seperti yang di nyatakan diatas…Berniaga di Ebay pun ada cabaran tersendiri.Kalau kita dah tahu dan kenalpasti cabaran itu…maka dengan lebih mudah kita elakkan dari ianya berlaku.
Antara cabaran terbesar adalah
- Perlukan kemahiran untuk kenalpasti barang yang boleh dijual-Anda mesti belajar membuat research barang yang orang ramai cari.
- Agak teknikal untuk listing barang-Kalau anda seorang yang pandai bahasa inggeris mungkin mudah.Tapi kalau bahasa inggeris pun biasa sahaja…agak sukar.
- Persaingan terlalu tinggi-Walaupun pasaran luas…persaingan juga tetap tinggi.Jadi anda kena tahu cara dan strategi yang betul untuk dahului pesaing.
- Perlukan kemahiran copy writing untuk bantu buat jualan di Ebay-Jika tiada kemahiran ini, listing anda tidak akan keluar.Anda perlu pilih kata kunci yang betul untuk ebay pamerkan di muka pertama carian.Jualan akan mudah jika listing anda ada di muka pertama carian.
Sebenarnya ada banyak lagi cabaranya…namun yang penting kita harus bersedia belajar cara untuk mengatasinya.
Cara Mengatasi Cabaran Berniaga Di Ebay.
Setiap perniagaan ada cabaran tersendiri.Yang penting kita kena tahu cara untuk mengatasinya.
Anda boleh “try and error”.Ini adalah cara yang boleh buat anda kecewa jika jiwa tak kental.Tapi jika anda kental , anda akan pasti berjaya.
Cara yang lebih baik dan mudah ialah dengan berguru dengan mereka yang telah berjaya.
Cara ini akan mengurangkan anda daripada melakukan kesilapan.Ianya juga memahirkan anda dengan sesuatu perkara.
Kemahiran yang perlu anda belajar antaranya ialah
- Kemahiran membuat research kata kunci yang tepat untuk barang yang akan anda listing untuk dijual.Kata kunci ini akan bantu ebay pamerkan listing anda di muka pertama carian.
- Kemahiran menguasai bahasa inggeris untuk tujuan listing barang.Cabaran ini anda boleh atasi dengan bantuan “google translate”.
- Anda perlu belajar cara untuk listing barang dengan betul untuk elak akaun ebay anda di ban oleh Ebay.
Kalau anda nak belajar cara menjual di Ebay dengan betul..boleh lah berlajar melalui mereka yang telah ada pengalaman.KLIK DISINIuntuk ketahui bagaimana mereka jana 5 angka setiap bulan dengan bisnes ini.